h3.post-title {font-family: 'CustomFontName', serif;}

Tuesday, December 28, 2010

Tiada manusia sempurna..

Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikumm..

Di belakang kisah penciptaan manusia, Allah menyatakan bahawa DIA menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, bukannya sesempurna kejadian. Dengan itu, bukanlah layak kita membanggakan diri sendiri bahawa kita makhluk terbaik dan 'paling sempurna' kerana setiap manusia itu pasti ada kekurangannya, yang dengan sengaja dan bertujuan Allah sertakan ke dalam penciptaanNYA. Hargai dan gunakan sebaik-baiknya nikmat yang ada pada kita
Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?
Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.
Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.
Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.
Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.Jangan bersedih. Sesungguhnya pengampunan Allah itu, lebih luas dari kemarahan-Nya.
“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa,juga kepada diri saya sndiri.. ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya? .Jdilah pemaaf wlaupun ia sukar..Usahlah di dendami kesalahan org..usahlah membenci...kita manusia yang tiada hak untuk menghina ciptaan Allah..
"Memaafkan tidaklah menambah apa-apa kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian memaafkan, nescaya Allah akan memuliakan kalian ." (HR Ibnu Abiddunya)
wallahua'lam...assalamualaikum..

0 comments: